Persembahan Bruno Mars, Silk Sonic di Anugerah Grammy

- Advertisement -

Permohonan penyanyi Bruno Mars untuk mengadakan persembahan dengan kumpulan muzik terbaharunya, Silk Sonic pada Anugerah Grammy ke-63, Ahad ini, diluluskan pihak Recording Academy.

Ia susulan tindakan Mars menulis surat terbuka kepada pihak terbabit selaku penganjur acara berpresti itu.

Penganjur Anugerah Grammy, Recording Academy memberikan maklum balas positif terhadap surat terbuka yang ditulis oleh Mars di laman Twitter baru-baru ini.

“Kami cuba menghubungi anda sepanjang minggu ini. Mars, adakah anda sudah menukar nombor telefon?

“Kami sangat berbesar hati untuk Silk Sonic mengadakan persembahan sulung mereka di Anugerah Grammy.

“Adakah anda berkelapangan pada malam Ahad ini? Tolong ikuti kami semula dan kami akan berikan maklumat lanjut mengenai persembahan terbabit,” tulis Recording Academy di laman Twitter rasmi mereka.

Pada Isnin lalu, Recording Academy telah mengumumkan senarai barisan penyanyi yang akan membuat persembahan pada malam anugerah muzik berprestij itu.

Antaranya ialah Taylor Swift, Billie Eilish, Megan Thee Stallion, John Mayer dan kumpulan Kpop, BTS.

Agensi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat