Apple kekal peneraju pasaran jam pintar

- Advertisement -

PENGHANTARAN dalam pasaran jam pintar hanya meningkat 1.5 peratus pada 2020, dipengaruhi pandemi Covid-19 dan sekatan berkaitan, menurut penyelidikan daripada Counterpoint.

Counterpoint berkata, Apple mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran.

Kira-kira 85 juta jam pintar dihantar ke seluruh dunia pada 2020 dengan 40 peratus daripada jumlah itu adalah model Apple Watch, iaitu 33.9 juta unit tahun lalu berbanding 28.4 juta unit pada 2019. Walaupun penghantaran secara keseluruhan hanya meningkat 1.5 peratus, penghantaran Apple Watch meningkat 19 peratus.

Apple kini mempunyai bahagian pasaran sebanyak 40 peratus, jauh di hadapan Samsung (10 peratus), Huawei (8 peratus) dan Fitbit (7 peratus).

Kejayaan Apple Watch juga mengakibatkan peningkatan harga jam pintar dan trend 2020 menunjukkan bahawa harga jualan rata-rata nampaknya meningkat, dengan segmen premium AS$300 ke atas menyaksikan pertumbuhan daripada 36 bahagian pasaran kepada 44 peratus dalam tempoh setahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat