Pemimpin UMNO tak pakat punca Anwar gagal jadi PM – Khalid Samad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO bertindak tidak sepakat dalam menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan hasrat Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya kembali gagal.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, tindakan UMNO itu juga menyebabkan dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai majoriti kerusi Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan Persekutuan tidak dapat direalisasikan dan sehingga kini dipertikaikan ramai.

“UMNO tidak sebulat suara dan tidak sanggup nyatakan secara terbuka, walaupun Anwar dikatakan mempunyai lebih daripada 112 kerusi.

“Keengganan mereka menyatakan secara terbuka dengan berani bahawa UMNO sokong Anwar sebagai calon perdana menteri menyebabkan kenyataan Anwar dipertikai,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu memetik FMT.

September lalu, Anwar dalam sidang media mendakwa mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Kata beliau, Ahli Parlimen yang menyokongnya adalah daripada pelbagai parti, namun enggan mendedahkan bilangan mereka.

Namun, Yang di-Pertuan Agong menjelaskan, Anwar sekadar mengemukakan bilangan Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau, tanpa mengemukakan senarai nama mereka untuk menyokong dakwaannya.

Khalid bagaimanapun berkata, parti beliau, Amanah, secara dasarnya memberi ruang dan hormat kepada Anwar untuk mencari sokongan bagi membentuk kerajaan Persekutuan, walaupun Amanah sendiri bersedia untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad serta rakan sekutunya, termasuk Datuk Seri Shafie Apdal dari blok Sabah.

“Amanah hormati pilihan mereka dan menganggap Anwar sebagai calon perdana menteri. Memang perlu diberikan ruang untuk mengusahakan sokongan Ahli Parlimen, UMNO dan BN.

“Itu haknya, kita tidak halang. Kedudukan Anwar sebagai Pengerusi PH dan sebagai (calon) perdana menteri tidak terjejas.

“Namun,walaupun Amanah tidak menghalang Anwar untuk cuba (dapatkan sokongan Ahli Parlimen), memandangkan dia juga kenal Ahli-ahli Parlimen UMNO dahulu, bagi kami, pendekatan lebih mantap dan berkemungkinan capai kejayaan adalah Mahathir, Shafie dan Syed Saddiq,” kata beliau.

Mengulas berkenaan dakwaan Amanah kini terbahagi kepada dua kem – satu berpihak kepada Mahathir dan satu lagi kepada Anwar – Khalid menafikan perkara itu, memandangkan 11 Ahli Parlimen Amanah sudah memutuskan untuk terus menyokong Anwar sebagai perdana menteri seterusnya.

“Dalam konvensyen Amanah hujung tahun lepas, kita sudah buat satu keputusan untuk usahakan sebuah ‘gabungan besar’ yang dipimpin oleh PH, yang pula diterajui Anwar. Ia adalah untuk satukan pembangkang, termasuklah Pejuang,” kata beliau.

Jelas beliau, hasrat Amanah adalah supaya parti-parti pembangkang dapat bergabung kembali sepertimana yang berlaku pada 2018 sehingga menjatuhkan pentadbiran BN di peringkat Persekutuan.

“Strategi ini dikatakan sudah bermula sejak 1999 sewaktu zaman reformasi. PKR masuk pilihan raya bersama-sama dengan PAS, parti-parti pembangkang bersatu. Ia merupakan strategi yang semakin berkesan. Akhinya pada 2018, kita capai kejayaan dengan menyatupadukan semua parti pembangkang,” kata beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat