Cub Prix Malaysia Petronas bermula 20 Mac ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan bermula seperti yang dijadualkan pada 20 Mac ini di Litar Sepang Selatan, menurut penganjur kejuaraan itu.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg, dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan pihak kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS serta Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan berjalan lancar demi memastikan industri sukan itu terus berkembang.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat beberapa perubahan kecil dalam jadual perlumbaan musim ini yang menyaksikan pusingan kedua kejohanan dianjurkan di Litar Sepang Utara pada 3 dan 4 April depan.

Berikut jadual Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021:

Pusingan 1: Sepang Selatan (20-21 Mac)

Pusingan 2: Sepang Utara (3-4 April)

Pusingan 3: Tangkak, Johor (22-23 Mei)

Pusingan 4: Litar Permotoran Terengganu (26-27 Jun)

Pusingan 5: Akan dimaklumkan (9-10 Julai)

Pusingan 6: Sepang Utara (7-8 Ogos)

Pusingan 7: Sepang Selatan (4-5 Sept)

Pusingan 8: Litar Permotoran Terengganu (9-10 Okt)

Pusingan 9 : Akan dimaklumkan (13-14 Nov)

Pusingan 10: Sepang Utara (18-19 Dis)

— BERNAMA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat