Kompaun RM10,000 boleh rayu ikut budi bicara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa individu yang dikompaun maksima RM10,000 boleh merayu kepada pihak berkuasa.

“Viral ada individu kena kompaun maksima RM10,000.

“PDRM patut jelaskan bahawa penguatkuasa sememangnya menulis kompaun maksima.

“Pihak kena kompaun boleh merayu kepada pihak berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan (KKM) atau Pegawai Kesihatan Daerah yang ada kuasa menentukan jumlah sebenar yang perlu dibayar mengikut budi bicaranya.

Beliau menggesa prosedur ini wajar dijelaskan agar tidak menimbulkan kekeliruan.

Semalam tular seorang pelanggan restoran dikompaun RM10 ribu kerana tidak mendaftar menggunakan aplikasi Mysejahtera ketika menjamu selera di premis makanan. -SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat