Rafizi cadang Anwar lantik Nurul Izzah jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM ganti Azam

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Nurul Izzah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, sekiranya Anwar melantik anaknya sendiri sudah pasti tidak timbul isu yang dibimbanginya iaitu perasuah jaga SPRM.

“Tak ada siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah.

“Malah kita kritik Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Azam sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau.

“PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Azam diganti, kita nak letak perasuah. Apa punya konar macam ni?

“Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan – iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah.

“Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah.

“Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM,” saran bekas Timbalan Presiden PKR itu.

Rafizi berkata demikian mengulas, situasi negara kini kecoh dengan pendedahan demi pendedahan mengenai isu integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM hasil dari laporan siasatan media antarabangsa Bloomberg.

“Bermula dengan pendedahan pemilikan saham yang melanggar peraturan penjawat awam, hari ini keluar pula laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg mengenai tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan tertentu, termasuk yang pernah disiasat atas tuduhan mencuci duit kongsi gelap.

Saya tunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri:“Orang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga. Baca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masing”.

“Walaupun saya kecewa dengan jawapan ini, walaupun jawapan tidak and ommmph langsung, tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada,” puji Rafizi.

Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, soalan rakyat mudah – Azam telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam.

“Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX. Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM.

“Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga. Dua-dua jawapan ke laut.

“Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Datuk Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau.

“Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman.

“Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan.

“Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang,” selar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat