Pengasas kumpulan Karangkraf lahirkan sokongan kepada Azam Baki terus banteras rasuah

KUALA LUMPUR, 12 Februari 2026 — Ketua Pasukan #RasuahBusters yang juga Pengasas dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Haji Yaacub menegaskan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak wajar tunduk kepada sebarang tekanan dan perlu terus memerangi rasuah secara tegas.

Dalam satu hantaran media sosial hari ini, beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah negara berlandaskan undang-undang dan sebarang kemelut atau isu peribadi perlu diselesaikan mengikut lunas perundangan.

“Kita negara undang-undang, sementara kemelut peribadi diselesaikan cara undang-undang, KP SPRM jangan tunduk pada tekanan, teruskan usaha perangi rasuah habis-habisan,” katanya.

Kenyataan itu dilihat sebagai sokongan terbuka terhadap Azam ketika SPRM kembali menjadi tumpuan susulan pelbagai kontroversi dan dakwaan yang dibangkitkan dalam laporan media serta perbahasan awam kebelakangan ini.

SPRM sebelum ini menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara profesional, berasaskan bukti dan tertakluk kepada proses pendakwaan serta pengawasan kehakiman. Azam juga telah berulang kali menafikan sebarang salah laku dan menegaskan komitmen agensi itu untuk terus bertindak tanpa pilih kasih.

Hussamuddin yang dikenali sebagai antara tokoh masyarakat sivil yang lantang memperjuangkan agenda antirasuah melalui gerakan #RasuahBusters, berkata perjuangan membanteras rasuah tidak boleh terhenti hanya kerana tekanan atau polemik politik.

Beliau berpandangan bahawa usaha memerangi rasuah memerlukan ketegasan institusi penguat kuasa dan keberanian kepimpinan, khususnya apabila membabitkan kes berprofil tinggi.

Sokongan tersebut menyusul selepas beberapa pemimpin politik tampil mempertahankan kepimpinan Azam dan menggesa kerajaan memastikan institusi penguatkuasaan tidak dilemahkan oleh tekanan luar.

Isu berkaitan kepimpinan SPRM terus menjadi perhatian umum, namun dalam masa sama pelbagai pihak menekankan kepentingan memperkukuh institusi antirasuah agar kekal bebas, telus dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawabnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat