Mahkamah Tinggi Batalkan Reman Aktivis Kes Perobohan Rumah Ibadat di Rawang

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan perintah reman terhadap seorang aktivis, Tamim Dahri, yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden perobohan sebuah rumah ibadat di Rawang.

Keputusan itu turut melibatkan tiga individu lain yang sebelum ini direman selama dua hari atas arahan majistret.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam mewakili mereka, Aidil Khalid, yang menyatakan mahkamah memerintahkan kesemua yang ditahan dibebaskan serta-merta.

Terdahulu, empat lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dalam tindakan merobohkan sebuah struktur rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan profesional, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sementara siasatan masih berjalan.

Kes berkenaan kini dalam penelitian pihak berkuasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat