MP Raub cadang portfolio Menteri Hal Ehwal Agama cabang bukan Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam.

Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata, langkah itu penting bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini dan memastikan tiada pihak yang terpinggir.

Malah katanya, Exco khusus untuk menjaga rakyat bukan Islam juga turut diwujudkan di beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak.

“Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu satu khusus urusan agama Islam dan hal ehwal bukan Islam.

“Menteri ini (hal ehwal bukan Islam) boleh dilantik dalam kalangan pemimpin yang dihormati dalam kalangan bulan Muslim,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Terdahulu, cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri perayaan orang bukan Islam mencetuskan kontroversi susulan reaksi pelbagai pihak diterima termasuk dalam kalangan pemimpin di negara ini, lapor Sinar Harian.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kabinet telah memutuskan bahawa garis panduan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersebut tidak perlu.

Mengulas lanjut, Yu Hui berkata, cadangan itu juga secara tidak langsung membolehkan pengurusan agama di negara ini lebih adil.

“Kedua-dua menteri ini juga dapat berkomunikasi secara mendalam mengenai pelbagai isu agama bagi mengelakkan kontroversi yang tidak benar.

“Selain itu, ia juga akan membantu membentuk Malaysia yang lebih inklusif, majmuk dan harmoni,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat