Anwar, PM Qatar bincang isu Israel langgar syarat gencatan senjata

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya yang juga Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani dalam perbualan telefon lewat malam tadi berbincang mengenai situasi terkini di Gaza.

Menurut Anwar, diskusi itu terkait perlanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

“Lewat malam tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat yang juga merupakan Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani.

“Menerusi perbualan telefon ini, kami berbincang mengenai situasi terkini di Gaza terkait perlanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

“Saya juga menyanjung usaha gigih yang dilakukan oleh Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman Rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan,” kongsi Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendokong setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat