Onn Hafiz Calon Paling Sesuai Selepas Shahril Hamdan Digantung – Muqharabbin

- Advertisement -

MANTAN Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyifatkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor adalah calon yang paling sesuai untuk memegang tampuk kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2023-2026.

Selepas Shahril Sufian Hamdan, Naib Ketua Pemuda UMNO yang seharusnya layak bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNOMalaysia, tetapi digantung tanpa sebab, beliau merasakan aura Datuk Onn Hafiz Ghazi adalah pemimpin muda yang sesuai.

Baginya, untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seseorang itu hendak mempunyai pendirian yang tegas dan tidak menjadi ‘Yes Man’ atau ‘Pak Turut’. Perlu berani menerajui parti, lantang bersuara, mampu berdebat dan menyampaikan ucapan di forum-forum antarabangsa serta perlu membawa sebuah perubahan dalam meremajakan parti agar parti ini kembali kuat dan diterima anak muda serta rakyat.

Muqharabbin yakin, YAB Datuk Onn Hafiz mampu menerajui kepimpinan pemuda nanti memandangkan beliau juga adalah mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semasa zaman Khairy Jamaluddin dan mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir negeri dan negara.

Jika UMNO ingin berubah, pemilihan kali inilah yang paling sesuai, bermula di peringkat Cawangan, bahagian dan juga pusat sebelum Piliharaya Negeri dan PRU 16 nanti.

Sekiranya ingin melingkup PRN dan PRU 16 nanti, pilihlah pemimpin yang menjadi pak turut yang hanya ingin menjaga kepentigan diri sendiri bukannya perjuangan parti,tambahnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat