Rakyat tak sorak ekonomi kukuh sebab ‘tak rasa’, rakyat mahu pemimpin rasuah dipenjara – Rafizi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa laungan reformasi yang didendangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tidak dirasai rakyat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun prestasi ekonomi baik dengan pelaburan masuk, pertumbuhan ekonomi kukuh bahkan mata wang Ringgit juga semakin teguh namun semua itu tidak mendapat sorakan daripada rakyat di bawah.

“Atas kertas ekonomi nampak elok. Pelaburan masuk. Pertumbuhan kukuh. Mata wang mengukuh. Tapi kenapa bawah tak sorak. Sebab ramai orang tak rasa benda itu dalam hidup harian. Bila tak rasa, orang mudah anggap semua ini politik semata mata.

“Kita boleh cuba memahamilah pandangan rakyat, eh ini mainan politik semata-mata lah. (Sedangkan) prestasi makro baguskan- pelaburan masuk, pertumbuhan ekonomi kukuh, mata wang mengukuhkan.

“Kenapa perkara itu tidak diterjemahkan kepada sorakan di bawah oleh rakyat? Sebab tak rasa.

“Itu sebenarnya bagi sayalah perkiraan yang sangat penting apabila sesebuah kerajaan, apatah lagi sebuah kerajaan reformasi, membuat keputusan untuk reformasi mana yang lebih penting.

“Dan ‘low hanging fruits’ ini ialah mesti kita kenal pasti apakah perkara-perkara yang paling atas tau dalam kepala rakyat. Jadi kalau soal reformasi ini sebenarnya apa perkara yang paling atas dalam kepala rakyat? Sebenarnya ialah kebebasan institusi penguatkuasaan,” katanya.

Justeru kata bekas Menteri Ekonomi itu lagi, sebab itu apabila kerajaan reformasi nak pilih reformasi mana yang paling penting, kena fikir apa yang paling atas dalam kepala rakyat, bukan yang sedap atas kertas.

“Bukan pengumuman yang nampak canggih. Yang paling atas ialah kebebasan institusi penguatkuasaan. Orang nak tengok lantikan betul. Orang nak tengok pendakwaan bebas. Orang nak tengok keberanian mendakwa dan memenjarakan pimpinan besar.

“Pada masa yang sama, persepsi rakyat tentang usaha lawan rasuah makin teruk. Dulu yang risau pasal rasuah kecil saja. Lepas dua tahun lebih, kebimbangan itu naik berkali ganda. Ini bukan sebab rakyat tiba tiba jadi sensitif. Ini sebab mereka nampak corak. Ada kes besar yang didakwa sekejap. Lepas itu senyap. Ada yang jadi DNAA. Ada yang akhirnya dilepaskan terus.

“Bila corak itu berulang, pengumuman macam had tempoh PM, FOI, Ombudsman jadi nipis kesannya.

“Rakyat akan cakap ini semua rundingan dalam kerajaan. Satu pihak dapat pengumuman. Satu pihak dapat kes selesai. Selagi bahagian paling asas itu tak berubah, iaitu penguatkuasaan yang benar benar bebas dan konsisten, angka makro susah nak jadi keyakinan rakyat,” bidas Rafizi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat