Misi pelaburan sehari ke Singapura MITI raih RM2.8 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya meraih pelaburan langsung asing (FDI) yang komited sebanyak RM2.8 bilion hasil daripada misi pelaburan sehari ke Singapura.

MITI dalam kenyataan hari ini berkata, ia dicapai menerusi mesyuarat perniagaan dengan dua syarikat di republik berkenaan.

Katanya, syarikat pertama, iaitu Equinix ialah syarikat infrastruktur digital global yang menghubungkan organisasi peneraju industri merentasi dunia dengan mengutamakan digital.

“Melalui capaian globalnya, Equinix membantu organisasi mempercepatkan kelebihan daya saing merentas pemboleh digital termasuk awan, rangkaian, storan, pengkomputeran dan perisian.

“Dengan 52 pusat data merentasi 13 bandar di rantau Asia Pasifik termasuk Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Korea dan Singapura, Equinix merancang untuk membuka pusat data padat rangkaian di Johor dan Kuala Lumpur untuk menyediakan platform yang saling berkaitan yang menawarkan akses kepada banyak rangkaian antarabangsa dan serantau yang menghubungkan Asia-Pasifik,” katanya.

Kementerian itu berkata, Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz juga bertemu dengan wakil sebuah syarikat pengeluar makanan global yang mempunyai kehadiran sedia ada di Malaysia, dengan rancangan untuk mengembangkan dan mempelbagaikan portfolio produknya.

“Syarikat itu akan menubuhkan kemudahan terkini dengan barisan pembuatan termaju, dikuasakan oleh pemboleh Industri 4.0 seperti Internet of Things (IoT) dan robotik untuk pengeluaran bahan makanan bersepadunya,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, pihaknya berbesar hati kerana syarikat-syarikat terbabit telah memilih Malaysia sama ada untuk menubuhkan atau mengembangkan perniagaan mereka.

“FDI yang komited sebanyak RM2.8 bilion adalah satu lagi pengesahan usaha Malaysia dalam memudahkan perjalanan pelabur, dan dalam memudahkan realisasi pelaburan mereka.

“Ini adalah permulaan yang baik untuk tahun ini, dan MITI, bersama agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menjadi lebih strategik dalam menarik pelaburan yang betul daripada peningkatan aliran masuk ke ASEAN.

“Pelaburan ini bukan sahaja perlu mengembangkan ekonomi kita, tetapi juga dapat membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita dan mewujudkan pekerjaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau menambah, Singapura melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang berdaya maju disebabkan pelbagai faktor, termasuk kedaulatan undang-undang Malaysia, lokasi serantau yang strategik dan tenaga kerja yang boleh dilatih, dan kedudukan penting dalam banyak rantaian bekalan serantau dan global.

“Antara Januari dan September 2023, projek pelaburan dari Singapura bernilai RM20.4 bilion telah diluluskan, menjadikannya sumber FDI kedua terbesar dalam tempoh ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat