Kempen keselamatan jalan raya dihentikan, MOT dapat jimat RM100,000-RM200,000

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Pengangkutan (MOT) memutuskan untuk tidak lagi menganjurkan sebarang majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya pada setiap musim perayaan peringkat kementerian itu, mulai tahun ini.

Menterinya, Anthony Loke, menegaskan keputusan itu dibuat bagi menjimatkan kos penganjuran yang menelan belanja di antara RM100,000 hingga RM200,000 bagi setiap majlis.

Sebaliknya, beliau berkata, perbelanjaan yang dijimatkan itu boleh disalurkan untuk menambah baik kempen keselamatan sedia ada seterusnya memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Mulai tahun ini, tiada lagi majlis pelancaran (kempen keselamatan jalan raya) kerana tanpa majlis pelancaran itu pun, operasi JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) tetap berjalan, operasi bersepadu pun tetap diadakan dan undang-undang tetap dikuatkuasakan.

“Namun, jika ada syarikat swasta nak buat kempen, itu terpulang kepada mereka. Yang saya hentikan ialah bajet kementerian sebab kita akan guna untuk tujuan lebih baik, mungkin berikan topi keledar percuma bernilai RM55 setiap satunya kerana kami dapati masih ada yang menggunakan topi keledar lusuh,” lapor BH di Putrajaya selepas menyampaikan amanat 2024 Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat