Man On The Run: Permintaan peguam Najib akan dipertimbang – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permintaan peguam Datuk Seri Najib Razak yang mahu kerajaan mengarahkan perkhidmatan penstriman, Netflix, menurunkan dokumentari berkaitan 1MDB akan dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan.

“Mereka akan pertimbangkan,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita usai solat Jumaat.

Terdahulu, Tetuan Shafee & Co berkata “Man on the Run” adalah subjudis dan memudaratkan kepada pembelaan Najib dalam bicara kes 1MDB yang masih berjalan.

Dokumentari itu berkisar peranan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, dalam 1MDB. Ia mula ditayangkan di pawagam tempatan pada Oktober tahun lalu dan kini tersedia kepada pelanggan Netflix.

Firma itu menjelaskan kenyataan dikeluarkan oleh pihak diwawancara berbentuk penghinaan terhadap mahkamah, dan mahu Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memastikan dokumentari itu dilayang tayang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat