Cemar imej KFA: Tunggu surat saman – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu pihaknya akan menghantar surat saman terhadap pihak-pihak tertentu yang didakwa cuba mencemar imej Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Dalam kenyataan dikeluarkan malam tadi Sanusi berkata pihak terbabit – yang tidak dinamakannya secara jelas – mempunyai motif politik apabila menularkan tuduhan serta siasatan pihak berkuasa terhadap KFA.

Langkah pihak terbabit, dakwa Sanusi, adalah demi mencapai tujuan politik yang mahu memburukkan KFA serta kerajaan Kedah.

“Pihak-pihak yang bersungguh-sungguh cuba menggambarkan berlaku rasuah RM6 juta dalam KFA dan mengaitkan tuduhan rasuah itu dengan individu tertentu terutamanya presiden dan kakitangan KFA, sila tunggu surat saman di rumah dan di pejabat masing-masing,” katanya.

Untuk rekod Sanusi merupakan presiden KFA.

Beliau dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pemimpin kanan PAS dan PN itu dilaporkan berada di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selama kira-kira tiga jam.

Sanusi dilihat meninggalkan prmies terbabit pada jam 11.37 pagi setelah tiba pada 8.30 pagi namun gagal ditemui media yang menunggu di luar.

Bernama yang memetik kenyataan Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim mengesahkan agensi anti rasuah itu mengambil keterangan daripada Sanusi.

Selasa lalu, SPRM mengesahkan akan memanggil Sanusi bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan KFA.

Sebelum itu empat individu ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut termasuk Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Zulkifli Che Haron.

Menurut Sanusi, KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tuduhan dan siasatan SPRM.

“Dokumen-dokumen yang bersabit dengan penswastaan KDAFC, permohonan pinjaman RM5 juta, bayaran balik RM1.3 juta, permohonan projek oleh pihak-pihak terbabit yang tidak diluluskan kerana tiada kelayakan, dokumen penyata beraudit yang menunjukkan ketelusan pengurusan kewangan KFA dan lain-lain juga akan didedahkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat