Teroka segala cabang seni

Tok Mat cadang orang bandar tanam sayur dalam pasu, jimat kos sara hidup

KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan bahan mentah. Katanya, sejak pandemik Covid-19...

Kerajaan perkenal dasar ‘Manhaj Rabbani’

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam yang berpaksikan tiga ciri utama -- Thaqafah (keilmuan), Ruuhaniyyah (kerohanian) dan Da’wah (aktivisme). "Dasar Manhaj...

PPIM gesa kerajaan beri maklumat jelas jika mahu laksana lockdown

CYBERJAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap kerajaan memberi maklumat yang jelas tindakan bagi membendunv penularan jangkitan Covid-19. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata...

Najib, Puad tuntut penjelasan menteri kluster tempat kerja jadi lubuk Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri tidak sepatutnya menyalahkan rakyat berhubung penularan tinggi Covid-19 di tempat kerja sekiranya sektor berkenaan dibenarkan terus beroperasi meskipun negara sedang...

UMNO Tanjung Malim nafi gantung kain rentang desak Ahmad Zahid letak jawatan

TANJUNG MALIM- Susulan paparan kain rentang yang mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO satu laporan polis dibuat menafikan...

LEMBARAN 2021 yang hampir dua minggu membuka tirai disambut baik dengan harapan tersendiri kebanyakan penggiat seni tanah air.

Walaupun penularan Covid-19 tidak lagi menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, tetapi kehidupan harus diteruskan. Misi yang tersemat dihati, perlu cuba dicapai.

Bagi penyanyi Wani Kayrie, apa yang dirancang mahu dilakukannya tahun ini dalam kerjaya seni adalah menerokai segala cabang berkaitan. Tak kisahlah, sama ada menyanyi, berlakon, mengacara dan sebagainya.

“Sejujurnya untuk tahun ini, saya nekad mahu cuba apa sahaja peluang yang datang dan alhamdulillah, saya sudah mendapatkan beberapa tawaran itu. Kemunculan saya di kaca TV juga insya-Allah, dengan karya drama dibintangi seperti Dayang Senandung di RTM dan Melastik Ke Hatimu di TV3,” katanya.

Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, dia juga kini mendapat kepercayaan menjadi pengacara untuk program berkonsep pendidikan yang disiarkan NTV7.

“Apapun, segala cabang seni yang mula saya terokai ketika ini disebabkan minat dan suka. Ditambah, saya tidak mahu bakat hanya terikat dengan menyanyi sahaja.

“Saya suka mencuba dan belajar. Alhamdulillah, pengalaman diperoleh setakat ini sangat menarik. Macam berlakon dalam drama Melastik Ke Hatimu, saya sebagai watak antagonis.

“Tak sangka juga, saya boleh dapat watak sebegitu. Malah, untuk itu saya sudah persiapkan diri dan mental berdepan dengan kecaman atau kritikan daripada warganet. Tunggu sajalah, bagaimana hasilnya,” katanya.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik yang kini mengikuti pengajian ijazah Undang-Undang ini, dia akan terus berusaha mempelbagai bakat dan enggan berputus asa.

 

REZEKI cabang seni lain, Wani sentiasa yakin dengan perancangan Allah buatnya.
REZEKI cabang seni lain, Wani sentiasa yakin dengan perancangan Allah buatnya.

 

Berbicara mengenai kerjaya nyanyian, Wani berkata, dia akur betapa rezeki untuk lagunya mendapat perhatian disiar pihak radio dan TV agak sukar kerana sambutan yang kurang.

“Saya dapati penyanyi yang lagu mesra pendengar dan popular di radio mudah mendapat tawaran persembahan di TV. Itulah yang saya inginkan, tapi belum berjaya. Entah mana dan apa silapnya, lagu-lagu saya seakan sukar mendapat tempat serta perhatian pendengar. Kalau ikutkan melodi dan liriknya, sudah cukup indah.

“Begitu juga dengan genre muzik, yang berbeza-beza. Sudah tujuh lagu solo saya rakam, namun masih tidak mampu merealisasi harapan diimpikan. Walaupun ada perasaan sedih bila memikirkannya, saya kena tolak tepi dan kuatkan hati untuk terus mencuba.

“Malah, sekarang saya lihat rezeki banyak ke arah cabang lain. Boleh dikata, rezeki saya sekarang terarah pada lakonan, pengacaraan dan tarian. Jadi, saya ambil sahaja setiap tawaran yang datang itu,” katanya.

Menurut Wani, walaupun kerjaya nyanyiannya kurang menyerlah tetapi perkembangan bakatnya kini menular pada cabang seni lain. Dia sentiasa yakin dengan rezeki dan Allah sudah merancang yang terbaik.

 

WANI Kayrie, akui cuba terus pertahankan semangat juang.
WANI Kayrie, akui cuba terus pertahankan semangat juang.

 

Rindu nyanyi di pentas

Sejak pandemik Covid-19 melanda, aktiviti nyanyian seperti persembahan pentas sudah lama tidak dibenarkan penganjurannya.Wani berkata, dia sangat merinduinya.

“Saya suka membuat persembahan di hadapan orang ramai, tapi sekarang peluang itu sudah tiada. Jadi, untuk mengubat rindu saya selalu menyanyi depan adik-adik sebagai penonton. Malah, ada kala saya juga rakam video menyanyi sendiri untuk memastikan masih membuat persembahan. Secara tak langsung, ia jadi latihan berterusan,” katanya.

Wani yang tampil dengan dua lagu baharu sekitar tahun lalu berjudul Magika dan Aksara Cinta, hingga kini terus diingati peminatnya dengan lagu lama seperti Jangan Jangan serta Aku Suka Kamu.

 

SASARAN baharu, Wani Kayrie nak terokai segala cabang seni
SASARAN baharu, Wani Kayrie nak terokai segala cabang seni

 

“Saya kalau boleh nak lagi banyak lagu saya diingati orang. Bagaimanapun, setakat ini percubaan dibuat tidak membuah hasil diharapkan. Termasuk, menyanyi di Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Melihat ramai rakan yang sudah berjaya mara ke AJL, saya hanya mampu berharap semoga ada peluangnya nanti. Namun, tak tahulah bila masanya?

“Saya pun sekarang tidak meletak harapan terlalu tinggi kerana enggan kecewa. Bila tak dapat mencapai apa diimpikan, ia sesuatu yang amat sakit,” katanya.

Menurut Wani, kini harapan baharunya sudah pasti ingin mempelajari cara membuat kek dan biskut. Katanya, sebagai permulaan dia harap dapat membuat kek lazat untuk dinikmati keluarga.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Berita Berkaitan

Perjuangan muzik UNC

MUNCUL dengan single Akhirnya pada hujung September tahun lalu, kumpulan baharu dikenali Uncle Naz Cabin atau UNC akur perlu mencari arah untuk mengembangkan bakat...

Fobia Covid-19 tetap ada

Pengalaman ketika dijangkiti Covid-19 pada April tahun lalu memberi satu kejutan buat pelakon, Puteri Aishah. Namun dia tidak boleh melayan perasaan takut untuk meneruskan kerjaya...

Layla asah sebutan mandarin

NAMA penyanyi remaja berusia 19 tahun ini mula mencuri perhatian selepas menyertai pertandingan I Can See Your Voice. Lagu nyanyiannya, You're The Only One in...