Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

- Advertisement -

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada insiden kejadian paip patah pada awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Nor Ifuan Md Nor berkata pihaknya melihat secara serius insiden ini dan pemantauan berterusan dibuat di kesemua 705 tangki di seluruh negeri Johor.

Sementara itu, Nor Ifuan memaklumkan bahawa beberapa kawasan yang terbabit dengan gangguan bekalan air ekoran kejadian tanah runtuh di sekitar tangki air Bukit Kempas 2 semalam, mula menerima bekalan air secara normal sejak awal pagi tadi setelah pengolahan sistem bekalan air dapat dilakukan daripada sumber berhampiran.

“Sungguhpun demikian, masih ada beberapa buah rumah terutama di kawasan tinggi yang masih belum memperoleh bekalan air dan pihak Ranhill SAJ sudahpun menghantar lori bantuan air bagi memastikan pengguna di sini mendapat bekalan air sewajarnya,” katanya.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam telah menyebabkan insiden paip agihan patah dan ini menyebabkan kira-kira 1,600 akaun pengguna bekalan air di kawasan sekitar terputus bekalan.

Pihak Ranhill SAJ bertindak segera membersihkan tanah runtuh di kawasan berhampiran penduduk atas nasihat daripada pihak Bomba dan Penyelamat Larkin. Walau bagaimanapun, kawasan di cerun yang runtuh tidak dibenarkan diganggu bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Pihak Ranhill SAJ juga melantik konsultan bagi menjalankan kajian berkaitan struktur tanah di tangki terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri mana-mana instalasi bekalan air bagi mengelak kejadian tidak dingini dan segera membuat laporan kepada pihak Ranhill SAJ atau pihak berkuasa sekiranya menghadapi keadaan tanah yang mencurigakan di sekitar mana-mana tangki utama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat