MBSA larang jual babi, makanan tak halal di pasar malam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, larangan itu termasuk makanan tidak halal seperti ditetapkan dalam syarat perniagaan pasar malam di bawah MBSA.

“MBSA tidak mengeluarkan sebarang kebenaran atau lesen bagi tujuan itu. Kemungkinan peniaga ini berniaga tanpa lesen.

“Jabatan pelesenan sedang menyemak isu ini. Jika peniaga mempunyai lesen, lesennya akan ditarik balik.

“Jika tiada lesen, MBSA boleh mengeluarkan kompaun di bawah undang-undang kecil penjaja,” memetik laporan Sinar Harian pada Rabu.

Jelas Azhar lagi, bagi jualan daging babi, peniaga hanya dibenarkan beroperasi di kawasan dikhususkan dan pasar tertutup.

Beliau berkata demikian merujuk seorang wanita mempersoalkan tindakan peniaga yang didakwa menjual daging babi secara terbuka di Pasar Malam Setia Alam di Selangor.

Isu itu ditularkan individu berkenaan menerusi video berdurasi 30 saat di aplikasi TikTok pada Isnin.

Video itu memaparkan keadaan dalam pasar malam berkenaan dengan sebuah gerai didakwa menjual ‘pork crispy’.

Wanita itu mendakwa, makanan tidak halal itu dijual di pasar malam yang turut terdapat peniaga Muslim berniaga di lokasi sama.

“Kita nampak ada peniaga jual ‘pork’ secara terbuka. Kalau nak ikutkan tak boleh,” katanya pada video dikongsikan beserta #majlisbandarayashahalam.

Perkongsian itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial yang bertanya sama ada operasi perniagaan itu merupakan satu kesalahan.

Terdapat juga antaranya yang berpandangan penjualan makanan itu tidak menjadi masalah kerana pasar malam itu terdapat dua bahagian iaitu operasi perniagaan halal dan tidak halal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat