Penyanyi, pemuzik sambut baik

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyelesaian berkenaan isu royalti yang dicapai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Recording Performers Malaysia Berhad (RPM), Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Public Performance Malaysia (PPM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) disambut baik oleh penyanyi dan pemuzik tempatan.

Mereka gembira kerana akan mula menerima wang pengagihan royalti untuk tahun 2018 sebanyak RM500 pada Januari tahun depan.

Penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah mengalu-alukan keputusan yang dianggap tepat pada masanya ini.

“Satu berita yang amat menggembirakan ketika kita berdepan Covid-19 hingga mengakibatkan artis-artis kurang pendapatan. Ini satu usaha positif pihak kerajaan, badan pelesenan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut terbabit. Sangat dialu-alukan oleh kami kerana wang ini boleh dimanfaatkan dalam keadaan yang sukar sekarang. Harapnya semua artis rasa bersyukur dengan apa yang diperoleh,” katanya.

Namun, penyanyi Blues Gang, Ito Mohd meminta agar jumlah wang permulaan royalti dinaikkan kepada RM1,000 hingga RM1,500.

“Bukan menolak, tapi kalau boleh naikkanlah jumlahnya. Lagipun mereka akan bayar juga baki kutipan secara berperingkat selepas itu. Saya kata begini kerana keadaan kami yang sangat kritikal sekarang. Mana tahu wang itu akan digunakan untuk persiapan sekolah anak-anak nanti.

“Kalau mereka bayar RM1,000 pun, baru RM1juta dikeluarkan untuk anggaran 1,000 pelaku persembahan. Minta kementerian kaji pula perkara ini,” katanya.

Anggota kumpulan Gersang, Man Greng turut meminta agar bayaran dilebihkan kepada ahli RPM dan PRISM yang tidak pernah menerima royalti sebelum ini.

“Saya tak pernah dapat royalti daripada dua badan pelesenan ini. Saya pun dah lama buat lagu dan sebagainya, sepatutnya mereka kena bagi secara pukal dan bukannya RM500. Untuk mereka yang pernah beberapa kali merasa wang royalti mungkin sesuai dapat RM500, tapi yang belum kenalah bagi lebih sedikit.

“Lagipun kami dah lama sangat tunggu. Apapun saya ucapkan tahniah kerana sudah ada kerjasama pelbagai pihak dalam isu ini. Sepatutnya ia dah lama dibuat dan bukannya sekarang,” katanya.

Sementara itu, pemain bass Exists, Musa memuji usaha yang dilakukan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez sehingga membawa kepada penyelesaian ini.

“Satu perkembangan baik sehingga mencipta satu sinar. Bagi saya tiada masalah dengan kewujudan RPM atau PRISM kerana tetap relevan selagi ia bermanfaat. Sudah jadi begini hasil daripada aduan kepada SPRM, menjadikan badan pelesenan yang selama ini ‘bisu’ mula ramah dengan pelaku persembahan. Mereka perlu menunjukkan satu tanggungjawab terhadap ahli. Kita mahukan orang yang mengepalai badan pelesenan ini boleh buat kerja. Apapun syukur semuanya kini selesai,” katanya.

Penyanyi dan penyampai radio Haiza turut menyambut baik keputusan ini.

“Jumlah RM500 ini satu usaha yang baik kerana kita tahu ramai penggiat seni yang terkesan. Lagipun bakinya akan diberi secara berperingkat. Isu pertindihan ahli RPM dan PRISM juga akan diselesaikan dan saya amat nantikan. Saya yakin mereka boleh mengatasinya dan akan bagi royalti secara adil,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat