Feri Sedang Dibaiki Terbakar

- Advertisement -

LANGKAWI – Sebuah feri yang sedang dibaiki di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut di sini, terbakar petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 4.50 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5 petang.

“Sejurus itu, tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan satu jentera dari BBP Persiaran Putra bersama 20 anggota diarahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota bomba, mendapati kebakaran membabitkan bilik enjin sebuah feri yang berada di tanjakan (RAM) dan sedang dibaiki,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Mohamadul Ehsan berkata, sebanyak 12 tong buih tambahan dihantar ke lokasi bagi peringkat seterusnya.

“Kerja memadamkan api dilakukan menggunakan air dan 11 tong buih pada peringkat pertama pemadaman.

“Kebakaran dapat dikawal pada 6.46 petang dan proses pemadaman masih giat dilakukan,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat