Tak Timbul Isu Takut Mati Dalam Menangani Covid-19 – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan isu takut mati dalam menangani pandemik Covid-19 tidak timbul kerana soal hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT.

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati’, sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya kami kembali,” katanya, memetik firman Allah SWT dari ayat 185 Surah Al-Imran.

Beliau berkata demikian dipercayai bagi menjawab kenyataan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Dr Noor Hisham takut mati dan tidak turun padang ke Sabah.

“DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi ‘Office Boy’ (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang… Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemik Covid-19.

“Kenapa dia tidak melawat setiap hospital, berbincang dan beri sokongan kepada frontliners. Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (mereka) tidak takut mati, tapi DG takut mati,” kata Tiong King Sing, yang juga adalah Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri ke China.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebagai orang Islam beliau menerima kematian itu boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tidak hanya ketika ‘turun padang’ (Sabah) atau tidak.

“Jadi, apa yang penting ialah kita pasangkan niat untuk melaksanakan tugas kita dan niat kita ialah untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara kita.

“Ini ialah tujuan utama. Kita boleh selisih pendapat tetapi yang pasti apa kita laksanakan ialah untuk memutuskan jangkitan Covid-19 supaya kita dapat selamatkan negara kita daripada peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan kadar kematian,” kata Dr Noor Hisham.

menjelaskan lebih lanjut, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membuat perancangan yang khusus dalam menangani pandemik Covid-19 di Sabah.

“Saya sendiri sudah pun ‘turun padang’ (ke Sabah) pada akhir Ogos lalu bagi melihat kepada pengurusan dan kesiapsiagaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat