Tanjong Malim akan berubah pengeluar global kenderaan tenaga baharu – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Projek Automotive High Tech Valley (AHTV) adalah satu projek mega membabitkan pelaburan berjumlah RM32 bilion yang dipelopori syarikat Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) bersama-sama DRB-HICOM Berhad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bakal mengubah Tanjong Malim menjadi sebuah hab automotif global untuk kenderaan tenaga baharu (NEV) seraya dikembangkan mencakupi pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembandaran.

“Usai mesyuarat, saya menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kolaborasi Utama antara DRB-HICOM dan Geely sebagai komitmen kedua-dua pihak dalam sama-sama menjayakan AHTV.

“Turut disaksikan pemeteraian Dasar-Dasar Utama Perjanjian antara Altel dan Geespace Technology (syarikat pelaburan strategik Geely) yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan sistem teknologi tinggi serta memangkin pelaksanaan penyelesaian inovatif bagi sektor-sektor seperti pelabuhan pintar,” katanya pada Rabu di Tanjong Malim.

Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, sokongan Kerajaan Perpaduan serta kelancaran projek ini menjadi contoh kepada pelabur-pelabur terhadap pendekatan Malaysia dalam memudah cara pelaburan dengan cekap dan segera.

“Semoga projek ini berjaya seperti yang dirancang, Insya-Allah,” ucap beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat