DRB-HICOM kolaborasi dengan Geely Holding laksana projek Automotive Hi-Tech Valley di Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) mencipta satu lagi detik bersejarah dengan pemeteraian Perjanjian

Kolaborasi Utama (MCA) antara DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely Holding) hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Hartanah dan Perancangan dan Strategi Korporat, Azri Zaharuddin telah menandatangani bagi pihak DRB-HICOM manakala Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Operasi, Dr Wei Mei menandatangani bagi pihak Geely Holding.

MCA ini menetapkan prinsip-prinsip asas, rangka kerja tadbir urus dankomitmen bersama dalam pembangunan projek AHTV, termasuk peranan khusus yang perlu dilaksanakan untuk pembangunan dan inisiatif promosi.

Perjanjian hari ini akan membawa kerjasama antara DRB-HICOM dan Geely Holding ke peringkat seterusnya.

Perkembangan terbaharu ini adalah susulan daripada pemeteraian Dasar-Dasar Utama Perjanjian (HOA) oleh DRB-HICOM dan Geely Holding awal tahun ini di Forum Perniagaan Malaysia-China di Beijing.

“Selain MCA, pemeteraian HOA antara Altel Communications Sdn. Bhd. (Altel) dan syarikat pelaburan strategik Geely Holding, Zhejiang Geespace Technology Co. Ltd. (Geespace) turut berlangsung di Tanjong Malim.

“HOA memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan sistem teknologi tinggi dan akan mempercepatkan pelaksanaan penyelesaian inovatif bagi sektor-sektor seperti pelabuhan pintar,” kata kenyataan yang dikongsi Pejabat Perdana Menteri pada Rabu.

Majlis yang diadakan di PROTON Tanjong Malim ini, disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; turut hadir bersama ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai ; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi Geely Holding, Eric Lee dan Pengerusi PROTON, Syed Faisal Albar.

Selain itu, menandatangani bagi pihak Altel, sebuah penyedia perkhidmatan telekomunikasi, ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Richard Kitts manakala Geespace diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya,Tony Wang.

Dalam pada itu, bagi mencerminkan kepentingan strategik AHTV, Anwar telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Projek AHTV peringkat tertinggi sebelum majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Turut sama dalam mesyuarat itu ialah ahli-ahli kanan pasukan Projek AHTV dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan serta Negeri.

“AHTV akan menarik pelaburan tempatan dan luar negara yang akan mendorongnya menjadi sebuah hab automotif antarabangsa untuk NEV.

“Tumpuannya bukan sahaja kepada pengeluaran kereta pelbagai jenama, tetapi juga dalam pembuatan komponen dan alat ganti berteknologi tinggi untuk NEV.

“Ini akan memperluaskan lagi keupayaan vendor tempatan ke arah pengkhususan dalam pembuatan berteknologi tinggi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat