Tanaman padi akan diperluas di Sabah, Sarawak – Mohamad Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan melihat terdapat keperluan untuk memperluaskan kawasan penanaman padi di Sabah dan Sarawak, dalam usaha membantu meningkatkan bekalan beras sekali gus menjamin sekuriti makanan negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika ini, selain Kedah, bekalan beras dalam negara banyak bergantung daripada Perak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Seberang Perai, Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau berkata, setiap kali musim banjir di utara dan Pantai Timur yang lazimnya berlaku pada Disember dan Januari, ia menyebabkan hasil padi rosak atau berkurang hingga menyebabkan bekalan beras negara turut terjejas.

“Oleh itu dalam jangka panjang kita mesti bina sekuriti makanan kita di Sabah dan Sarawak. Jadi kita mesti bincang secara serius supaya Sabah dan Sarawak, dipertingkat kawasan penanaman padi.

“Kita akan mohon peruntukan pada bajet kali ini (Belanjawan 2024) atau kalau tak sempat, apa-apa sahaja peruntukan pada masa akan datang, untuk kita buat sistem perairan lebih baik agar dapat tingkatkan pengeluaran padi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Henry Sum Agong (GPS-Lawas), sama ada kerajaan bercadang menggalakkan perluasan tanaman padi di kawasan pedalaman, memandangkan negara menghadapi masalah bekalan beras ketika ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, FELCRA Berhad (FELCRA), akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah dalam membangunkan antara 15,000 hingga 20,000 hektar tanah di kedua-dua negeri berkenaan bagi tujuan penanaman padi secara berkelompok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat