SPR bincang tarikh PRK Kemaman Selasa depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Selasa depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat dipengerusikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh Writ Pilihan Raya, hari penamaan calon, hari mengundi serta Daftar Pemilih yang digunakan.

“SPR telah menerima Laporan Hakim Pilihan Raya susulan keputusan petisyen pilihan raya di mana mahkamah telah membatalkan keputusan pilihan raya bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Terengganu pada 19 November 2022.

“Sehingga tamatnya tempoh 14 hari rayuan, tiada notis rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, selaras dengan Seksyen 36C Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengeluarkan notis pilihan raya bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir ditetapkan untuk pemfailan rayuan.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pempestiyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul.

Keputusan dibuat Charles Fernandis yang juga merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Dalam PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing- masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat