Malaysia raih manfaat pelaburan RM40.6 bilion daripada UAE

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia telah meraih manfaat besar berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 bilion) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin perencanaan yang telah disusun serta dirangka ini mampu menjadikan Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui.

“Lawatan kerja saya dan delegasi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis dan Jumaat lepas hanya berlangsung dalam tempoh kira-kira 36 jam.

“Dalam lawatan yang singkat tersebut, Malaysia berjaya meraih manfaat besar terutama dalam aspek pelaburan dari negara teluk itu dengan menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 bilion) dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik,” katanya, malam tadi.

Selaku Perdana Menteri, Anwar menyatakan beliau sentiasa konsisten memberikan jaminan bahawa Malaysia komited memajukan tenaga boleh diperbaharui selain mahu memudahkan urusan perniagaan dengan emiriah tersebut.

“Itu yang dizahirkan tatkala mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi selain bertemu beberapa menteri kanan yang terlibat dalam hal ehwal ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE.

“Insya-Allah, saya yakin perencanaan yang telah disusun serta dirangka ini mampu menjadikan Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat