Afghanistan dilanda gempa bumi sekali lagi, ragut 2,000 nyawa

- Advertisement -

HERAT- Wilayah di barat Afghanistan yang dilanda gempa kuat dan meragut nyawa lebih 2,000 penduduk telah dilanda gempa kuat sekali lagi pada Rabu.

Gempa berukuran 6.3 magnitud berlaku kira-kira 28 kilometer (km) dari pusat bandar wilayah Herat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sabtu lalu, gempa bumi yang melanda 40km dari pusat bandar Herat juga berukuran 6.3 magnitud dan diikuti beberapa gempa susulan kuat.

Pihak berkuasa Taliban memaklumkan lebih 2,000 orang di Herat terkorban dalam kejadian pertama itu.

Semalam, Wisma Putra melaporkan, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Herat di Afghanistan pada 7 Oktober.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Kerajaan Malaysia turut mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati kepada kerajaan serta rakyat Afghanistan yang terjejas, susulan gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan ribuan lagi cedera, serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat