Boleh ‘flip’ semua sudut

- Advertisement -

PENGGUNA pada hari ini sangat bergantung kepada kandungan sosial, penggunaan media sosial dan penstriman.

Sudah pasti jika menonton sesuatu filem atau drama menggunakan peranti pintar, ia satu yang menyukarkan dan memerlukan peralatan sokongan untuk terus menonton.

Bagaimanapun, masalah itu tidak berlaku dengan Samsung Galaxy Z Flip4 dan pengguna tidak lagi memerlukan peralatan sokongan sebaliknya peranti itu boleh melakukan ‘flip’ dengan semua sudut mengikut kesesuaian tanpa masalah.

Mungkin untuk tatapan 90 darjah, ia agak menegak maka pengguna boleh menukar sudut mengikut keselesaan tanpa masalah sepanjang mana yang diperlukan.

Keupayaan bateri pula untuk peranti ini adalah sangat mengagumkan dan mampu bertahan lebih seharian walaupun pengguna sedang ‘layan’ kandungan penstriman berjam-jam lamanya.

Boleh dirumuskan bahawa Galaxy Z Flip4 ini adalah inovasi terbaik untuk peranti sistem operasi Android, sekali gus mengubah persepsi berhubung ketahanan skrin lipat ini.

Jika sebelum ini wujud persepsi berhubung ketahanan skrin lipat, namun beberapa ujian ketahanan yang dilaksanakan membuktikan bahawa generasi Galaxy Z Flip4 ini berada pada kelasnya tersendiri.

Peningkatan ketahanan untuk ‘Ultra Thin Glass’ yang digunakan Samsung bagi peranti ini juga tampak membuahkan hasil apabila ujian yang dilaksanakan mampu bertahan melebihi 200,000 dibuka serta ditutup tanpa menjejaskan permukaan skrin di kawasan lipatan.

Rekaan engsel dan bezel juga mengalami perubahan untuk siri Flip4 ini apabila Samsung mengecilkan saiz engsel berkenaan termasuk operasi buka tutup yang lebih padat.

Butang kuasa atau ‘power button’ serta pelarasan audio diletakkan di bahagian tepi bersama pengimbas jari fizikal, sekali gus memberikan rekaan yang kecil ketika peranti Flip4 ini dilipat.

Sesuai dengan pengguna pada hari ini yang mementingkan keupayaan audio, Galaxy Z Flip4 dilengkapi dengan sistem Dolby Atmos, sekali gus penghasilan setiap bunyi untuk kandungan video adalah jelas tanpa mengabaikan kepadatan bunyi bass.

Ciri khusus yang paling menarik perhatian dalam kepelbagaian tetingkap atau ‘Multi Window’ iaitu peranti diletakkan dalam posisi 90 darjah dan pengguna boleh melayari tetingkap lain di bahagian bawah sambil panggilan video di bahagian atas.

Inovasi berkenaan sangat membantu khususnya dalam arus teknologi pada masa kini apabila setiap urusan produktiviti boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Keupayaan cip pemproses daripada Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 juga jelas memberi keupayaan maksimum kepada peranti termasuk padanan memori (RAM) 8GB untuk melancarkan setiap aplikasi tanpa masalah.

Kapasiti bateri 3,700mAh juga adalah sesuai dan ia adalah naik taraf berbanding generasi terdahulu yang menggunakan 3,300mAh saja.

Sokongan pengecas pantas 25W juga memberi banyak kemudahan kepada pengguna tanpa perlu menunggu tempoh masa yang lebih lama.

Secara keseluruhannya, Galaxy Z Flip4 ini berada pada kelasnya tersendiri dengan kepelbagaian kefungsian khusus untuk pengguna pada masa kini.

Peranti itu juga, sekali gus memecahkan tradisi inovasi apabila pengukuhan skrin boleh lipat dipertingkatkan supaya lebih tahan lasak.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat