Shima Anuar ‘bengang’ tengok ramai masih tak jaga SOP

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pelakon, Shima Anuar meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang memandang remeh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menangani penularan virus Covid-19.

Shima, 29, menempelak golongan dewasa yang membawa anak-anak ke taman tema namun, tidak memakai penutup muka dengan betul.

“Ada segelintir pengunjung yang membuka pelitup muka dan ada juga yang meletakkannya pada bahagian dagu saja. Ini menganggu ‘mood’ saya dan keluarga.

“Apa alasan anda yang sudah tua bangka tetapi masih tidak faham bahasa? Tolonglah kepada anda yang rasa tidak mampu untuk memakai pelitup muka, susah nak bernafas atau sebagainya, duduk di rumah saja.

“Jangan jadi manusia yang tidak bertanggungjawab! Apatah lagi, selepas ini kerajaan memberi kelonggaran untuk merentas negeri pula. Jadi, tolonglah masing-masing menjaga SOP.

“Saya sendiri tidak mahu duduk berkurung di rumah saja. Oleh itu, sama-sama kita beringat okay? Jaga diri dan keselamatan anda semua,” katanya.

Menerusi paparan di Instagram yang dimuat naik semalam itu, Shima dan suaminya, Mohd Solih Toha berkunjung ke taman tema bersama dua anak mereka, Marian Sophia dan Mikhael Iman.

Terdahulu, Shima pernah disahkan positif Covid-19 sekitar awal tahun lalu. Dia yang melakukan kuarantin kendiri dan turut menyarankan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat