‘Saya masih ibu tunggal’ – Erra Fazira

- Advertisement -

Kuala Lumpur :Pelakon popular Erra Fazira menafikan khabar angin mengatakan dia sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, statusnya kini masih ibu tunggal dan belum menjadi isteri orang.

Dalam masa sama, Erra turut memohon doakan yang terbaik untuknya jika dipertemukan jodoh satu hari nanti.

“Sudah la tu….Letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.

“Apa yang saya pinta, doakan saja segala yang terbaik seandainya dipertemukan jodoh satu hari nanti.

“Sekiranya masa itu tiba nanti, doakan jodoh itu yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya menerusi satu mesej.

Terdahulu, nama pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia 2000 dan 2005 itu kembali menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan sudah bergelar isteri kedua kepada menteri terbabit.

Sejak semalam tular diperkatakan di Twitter seorang wargamaya berkongsi ciapan mengatakan pelakon dan penyanyi itu kini bergelar isteri kedua hasil perkahwinan di Thailand.

Menerusi ciapan sama, individu terbabit turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada menteri itu tahu dirinya dimadukan atau tidak.

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, pelakon dan pengarah,  Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 tetapi turut bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat