Rentas Negeri: LLM Arahkan Pengendali Lebuhraya Sediakan Kakitangan Periksa SOP Di R&R

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengarahkan pengendali-pengendali lebuhraya negara menyediakan kakitangan untuk melakukan pemeriksaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di seluruh negara.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Pembangunan dan Trafik, LLM, Ts. Syed Mohd Faizal Said Ahmad, ini bagi memastikan pengguna R&R mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“LLM telah mengarahkan kepada pengendali-pengendali Lebuhraya supaya menyediakan pegawai atau kakitangan di setiap surau, tandas dan restoran R&R untuk membuat pemeriksaaan terhadap orang ramai.

“Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal seperti yang telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual bersama Astro AWANI dalam Program AWANI Pagi, pada Isnin.

Mengulas mengenai aliran trafik pada hari pertama rentas negeri dibenarkan, Syed Mohd Faizal berkata tiada perubahan mendadak berkaitan jumlah kenderaan di semua lebuhraya utama negara.

“Pada ketika ini pihak LLM jangkakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) meningkat kepada 1.3 juta kenderaan sehari, Lebuhraya KL-KARAK 160,000 kenderaan dan Lebuhraya Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) 45,000 kenderaan.

Bagaimanapun, katanya pihak LLM menjangkakan aliran trafik bakal meningkat sehingga 4 juta kenderaan sehari pada hujung minggu ini.

“Ini susulan orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada 19 Oktober ini,” ujarnya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat