Parlimen: Faedah Terakru, Pembukaan IPT, Sekolah Satu Aliran Tumpuan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Implikasi faedah terakru kepada para peminjam menerusi moratorium dan kesediaan kerajaan untuk menghapuskan faedah itu menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan ditanyakan Datuk Mohd Salim Mohd Sharif (UMNO-Jempol) kepada Menteri Kewangan dalam sesi pertanyaan jawab lisan.

Antara topik yang turut menjadi tumpuan adalah strategi pembukaan semula institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara bagi sesi pengajaran secara bersemuka yang ditanyakan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR-Johor Bahru) kepada Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau turut bertanyakan mengenai perkembangan program vaksinasi khususnya dalam kalangan mahasiswa.

Sesi tersebut juga diteruskan dengan pertanyaan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) kepada Menteri Kewangan berkaitan jumlah permohonan pinjaman perniagaan dalam semua pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi negara sejak pandemik.

Perinciannya termasuk kadar kelulusan permohonan, alasan pemohonan ditolak, jumlah peruntukan yang disediakan bagi program pinjaman perniagaan, jumlah pinjaman yang telah diluluskan, serta jumlah peruntukan yang belum diluluskan.

Turut menjadi tumpuan adalah isu pelaksanaan sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan bagi memastikan tiada lagi masyarakat di dalam negara yang tidak fasih berbahasa Melayu.

Pertanyaan itu dikemukakan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (UMNO-Lenggong) kepada Menteri Kanan Pendidikan.

Mesyuarat penggal keempat Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat