PRN Melaka: MT UMNO Akan Bermesyuarat Khamis Ini – Ahmad Maslan

- Advertisement -

MELAKA: Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan kemelut politik dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Khamis ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad b Maslan berkata, mesyuarat MT UMNO pada Khamis ini akan membincangkan perkara khusus tentang Melaka dan tindakan susulan yang akan diambil oleh UMNO selepas ini.

Jelas beliau lagi, pada mesyuarat itu nanti, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh bersama Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan melaporkan perkembangan terkini dan membincangkan keadaan politik di Melaka kepada MKT.

Mesyuarat itu nanti akan dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri dijangka akan memberi penerangan kaedah jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan, kata Ahmad Maslan selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin UMNO Melaka di Klebang, pada Ahad yang turut dihadiri oleh Rauf dan Sulaiman.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat