Berbaki 1.2 Juta Penduduk Dewasa Belum Divaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laman web COVIDNOW memaklumkan setakat tengah malam tadi sebanyak 1.224 juta atau 5.2 peratus penduduk dewasa yang tidak divaksin di negara ini.

Melalui info grafik yang dimuatnaik laman web berkenaan, Sabah negeri yang terendah dari segi jumlah populasi dewasanya yang lengkap divaksinasi iaitu 65.1 peratus, diikuti Kelantan 73.6 peratus, Kedah 79.5 peratus dan Perak 79.8 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata, pihaknya optimis semua negeri akan mencapai kadar vaksinasi lengkap 80 peratus pada bulan ini, kecuali Sabah.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggiatkan program jangkau luar (outreach) di negeri itu, termasuk kempen gerak vaksinasi kepada masyarakat.

Sementara itu, seramai 21,073,482 individu dewasa di negara ini lengkap divaksinasi sehingga semalam, sekali gus mencapai sasaran 90 peratus yang ditetapkan.

Peratusan itu dicapai selepas 70,408 individu melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka semalam, yang membolehkan perjalanan rentas negeri dan keluar negara dibenarkan bermula hari ini, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, seramai 22,185,520 individu dewasa sudah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi untuk golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 7.4 peratus sudah lengkap divaksinasi membabitkan 231,714 individu, sehingga semalam, manakala 72.2 peratus atau kira-kira 1.27 juta sudah menerima satu dos vaksin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat