Malaysia Berhasrat Kurangkan Intensiti Pelepasan Gas Rumah Kaca Sebanyak 45 Peratus – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia berhasrat mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2030 kelak.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengurangan intensiti itu dibuat tanpa syarat dan 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran sebelum ini.

Beliau berkata perkara itu akan menjadi pendirian negara yang bakal dibentangkan semasa Persidangan Ke-26 Negara Ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dari 31 Okt hingga 12 Nov.

“Buat julung kalinya, pendirian negara yang bakal dibentangkan semasa UNFCCC COP-26 telah pun dibincangkan di peringkat tertinggi negara melalui platform Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC).

“Walaupun saya dan Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia (KASA) (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia pada 1 hingga 2 Nov dan UNFCCC COP-26, keputusan mesyuarat telah memberi mandat kepada delegasi yang diketuai oleh KASA untuk menyampaikan Kenyataan Negara,” menurutnya menerusi kenyataan mengenai komitmen Malaysia dalam menerajui agenda perubahan iklim negara hari ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat