Lim Guan Eng Gagalkan Penyelesaian NFC, Jadikan Propaganda Politik- Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan bahawa Lim Guan Eng menjadi punca kemelut projek National Feedlot Center (NFC) gagal dimuktamadkan.

Najib mendakwa selepas PRU14, syarikat NFC telah menulis kepada kerajaan untuk meminta kelulusan untuk pihak baru mengambil alih projek ternakan berkenaan.

Kata beliau, pembeli baru ini dikatakan mempunyai kekuatan kewangan serta pelan menyeluruh untuk meneruskan dan menjayakan projek NFC.

“Tetapi, Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH) Lim Guan Eng tidak mahu memberi kelulusan.

“Sebaliknya, mereka mengambil tindakan untuk meneruskan saman sivil untuk menuntut syarikat NFC untuk membayar balik seluruh pinjaman itu.

“Tindakan ini boleh dianggap pelik jika niat dan keutamaan ialah untuk mendapat balik dana tersebut dan menjayakan projek,” dedah beliau.

Najib tegaskan bahawa perlu ingat bahawa ini ialah pinjaman RM250 juta, ini bukan geran percuma ataupun projek mencurigakan seperti bayaran RM305 juta untuk membuat laporan terowong Pulau Pinang.

“Selepas diberi pinjaman itu, syarikat NFC mengalami kesukaran untuk meneruskan projek pada garis masa yang ditetapkan kerana ada beberapa projek infrastruktur sokongan yang merupakan tanggungjawab Kementerian Pertanian telah lambat dibina.

“Walaupun projek mereka telah diperlambatkan, syarikat NFC masih perlu menanggung kos faedah ke atas pinjaman itu.

“Oleh itu, mereka menggunakan sebahagian dari dana ini untuk pelaburan-pelaburan lain yang tidak ada kaitan dengan projek NFC untuk mendapat pulangan untuk membayar faedah pinjaman. Bagaimanapun, ini dipercayai telah melanggar syarat-syarat pinjaman.

“Dengan itu, pemilik NFC didakwa di dalam mahkamah semasa saya Perdana Menteri tetapi akhirnya, mahkamah mendapati mereka tidak menyalahi undang-undang,” beritahu Najib lagi.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri juga menyita aset-aset mereka termasuk baki wang tunai sebanyak RM80 juta.

Tetapi jelas Najib ini tidak cukup untuk menjelaskan seluruh pinjaman RM250 juta ini kerana sebahagian dari pinjaman itu telah dibelanjakan untuk membina ladang untuk NFC termasuk untuk membiayai kos operasi mereka.

“Walaupun kerajaan BN pernah pertimbangkan beberapa kali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam untuk mendapat balik seluruh dana RM250 juta itu, tindakan ini tidak diambil.

“Ini kerana syarikat NFC memberitahu kerajaan bahawa mereka sedang berunding dengan beberapa syarikat besar di dalam dan luar negara untuk mengambil alih projek NFC itu.

“Pembeli-pembeli itu juga bersetuju untuk menganggung bayaran untuk pinjaman termasuk seluruh kos faedah namun ia tidak diluluskan,” katanya.

Bukan itu saja, kata Najib lagi, masa itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikenali sebagai orang yang rapat dengan PM ke-7 (Tun Dr Mahathir Mohamad) pun rasa begitu dan telah mengeluarkan kenyataan untuk menyoal Guan Eng malah Menteri Pertanian PH (Datuk Salahuddin Ayub) juga pernah bersuara.

Tetapi kata Najib, DAP tahu bahawa nilai propaganda NFC ini jauh lebih tinggi untuk mereka berbanding dana RM250 juta atau kejayaan projek itu.

Jadi, hampir 9 tahun, DAP telah menyebarkan propaganda menipu bahawa RM250 juta ini telah disonglap oleh Najib dan digunakan untuk membeli kondo untuk simpan lembu di dalam.

“Oleh itu, ianya amat sukar untuk DAP mengaku kepada penyokong mereka sekarang bahawa dana ini bukan disonglap tetapi ianya sesuatu pinjaman di mana peminjam sudahpun mahu membayar balik keseluruhannya termasuh kos faedah.

“Memandangkan itu, Menteri Kewangan PH terpaksa mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat NFC serta menolak pembayaran balik pinjaman serta rancangan meneruskan projek NFC untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan.

“Dan jika ingin tahu lebih lanjut lagi berhubung kelulusan projek, kelewatan infrastruktur untuk projek tersebut dan pemindahan dana RM250 juta kepada syarikat NFC itu, boleh tanya PM-8 ( Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Saya pula hanya nak menyelesaikan masalah itu masa saya Perdana Menteri selepas projek terlambat. Yang luluskan dan dipertanggung jawab untuk menjayakan projek tidak dikritik.

“Kerajaan PH yang sengaja tidak mahu masalah diselesaikan, tidak dikritik. Yang cuba selesaikan masalah dikritik pula,” kata Najib.

Najib tampil membuat pencerahan berhubung projek National Feedlot Center (NFC) ini kerana ia mengaitkan namanya dalam isu berkenaan.

Kata Najib, pinjaman RM250 juta kepada syarikat NFC itu diluluskan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Menteri Pertanian pada tahun 2006 iaitu sebelum Najib menjadi Perdana Menteri mahupun Menteri Kewangan.

“Saya terbaca beberapa komen dari pihak sebelah sana berhubung projek National Feedlot Center (NFC) dalam posting Farm Fresh saya pagi tadi.

“Walaupun bukan saya yang meluluskan pinjaman RM250 juta kepada syarikat NFC, nama saya sering dikaitkan dengan isu ini yang telah dijadikan antara propaganda utama PH selama 9 tahun.

“Pinjaman ini diluluskan oleh Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian pada tahun 2006 – iaitu 2 setengah tahun sebelum saya menjadi Menteri Kewangan atau Perdana Menteri,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat