Idris Jusoh Buat Laporan Polis Nafi Sokong Anwar

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh hari ini membuat laporan polis bagi menegaskan yang beliau tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Idris yang juga Pengerusi Felda berkata laporan polis merupakan cara terbaik untuk beliau menjelaskan pendirian serta membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dengan Presiden PKR itu.

“Saya tidak pernah dihubungi (oleh Anwar), tidak pernah memberikan sokongan (kepada Anwar) tapi dikatakan menyokong. Saya tidak faham. Saya sudah membuat kenyataan media sebelum ini menafikan saya menyokong Anwar namun seolah-olah tidak diendahkan,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, selepas beliau membuat laporan polis itu.

Idris juga menyifatkan dakwaan yang beliau menyokong Anwar itu sebagai tindakan terdesak.

Menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media selepas itu, Idris berkata pada 6 Okt lepas beliau dimaklumkan oleh pegawainya berhubung nama beliau disebut dalam artikel bertajuk “Gempar!!! Senarai 121 ahli Parlimen Sokong Anwar Tular”, yang dimuat naik oleh sebuah laman sesawang.

Katanya beliau kemudian semakan dan mendapati namanya disenaraikan sebagai antara 121 ahli Parlimen yang dikatakan menyokong pelantikan Anwar sebagai perdana menteri kesembilan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Dua hari lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dilapor berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan untuk beliau menghadap baginda pada Selasa ini (13 Okt) bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya.

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat