Ora Fiza bangkit dengan single terbaru ‘Bangunlah’: Kembali ke arena muzik dengan nama dan semangat baru

- Advertisement -

Setelah hampir dua dekad berjuang dalam industri muzik, Ora Fiza, yang dahulunya dikenali sebagai Pija Mentor, kembali dengan nafas baru melalui single terbarunya, Bangunlah. Lagu ini dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis penuh meriah di Eclipse Cafe & Meal, Mitsui Shopping Park Lalaport, Kuala Lumpur, dihadiri barisan media dan rakan industri.

Apa yang menarik mengenai kemunculan terbaru ini adalah bukan sekadar muzik baru, tetapi juga nama baru. Ora Fiza merupakan rebranding yang mengambil sempena singkatan nama sebenarnya, Norafizah. Langkah ini menandakan transformasi dalam kerjaya seninya, memperkukuh identiti baru yang lebih matang dan penuh inspirasi. Menurut Ora Fiza, perubahan nama ini adalah simbol kebangkitannya selepas melalui pelbagai cabaran dan proses penemuan diri.

“Nama Ora Fiza sangat bermakna buat saya. Ia adalah sebahagian daripada diri saya yang lebih yakin dan bersedia untuk terus maju dalam industri ini. Bangunlah juga mencerminkan perjalanan hidup saya yang penuh dengan jatuh bangun, dan saya harap ia dapat menguatkan semangat mereka yang mendengar,” jelas Ora Fiza dalam ucapannya di majlis pelancaran tersebut.

Single Bangunlah hasil kolaborasi dengan Super Red Records, adalah satu karya penuh emosi yang ditulis oleh John Jeeves dan Shazriq Azeman, dengan lirik yang membawa mesej kebangkitan dan keteguhan hati. Lagu ini juga menandakan babak baru dalam perjalanan seninya, sekaligus menjadi refleksi kepada perubahan identiti dirinya.

Menariknya, Ora Fiza tidak muncul sendirian di bawah label Super Red Records. Peluang ini muncul apabila beliau menemani adiknya, One Juicy, menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman tersebut. Bakat semulajadinya yang diiktiraf oleh pihak label membuatkan Ora Fiza turut ditawarkan kontrak, membawa kedua-dua adik-beradik ini ke dalam keluarga Super Red Records.

Richard Chua, Pengasas Bersama Super Red Records, memuji bakat luar biasa Ora Fiza dan yakin beliau akan terus berkembang sebagai seorang artis yang disegani. “Ora Fiza memiliki kualiti bintang. Bangunlah bukan sekadar lagu, tetapi lambang kekuatan dan ketabahan yang beliau tunjukkan sepanjang perjalanan kariernya,” katanya.

Dalam wawancara eksklusif, Ora Fiza turut menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan Aina Abdul dan Malique di masa depan, memuji suara Aina dan gaya penulisan lirik Malique yang mendalam, dua elemen yang selari dengan hala tuju seni beliau.

Kini, Bangunlah boleh didengari di platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music. Video muzik rasmi juga telah ditayangkan dan mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Rebranding Ora Fiza sebagai seorang artis dan pelancaran Bangunlah menandakan titik permulaan baharu dalam kerjayanya. Bagi peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini, mereka boleh melayari akaun media sosial Ora Fiza di Instagram, Facebook, TikTok, dan YouTube.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat