Harga diesel dunia merudum: Rafizi digesa kira semula subsidi -Sean See

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harga diesel dunia terus merudum sejak akhir bulan Julai, justeru Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli digesa untuk kira harga harga pasaran sebenar diesel.

Pempengaruh media sosial, Lim Sean See bertanya kepada Rafizi kenapa rakyat kena bayar subsidi diesel kepada kerajaan?

“Harga pasaran sebenar di Malaysia hari ini mengikut formula APM kerajaan ialah RM2.55 iaitu 61 sen lebih rendah berbanding harga runcit RM3.16 yang ditetapkan kerajaan minggu lepas.

“Bermakna “cukai” efektif tersembunyi diesel ialah pada kadar 24 peratus hari ini.

“Dulu GST 6 peratus pun mereka sudah meroyan dan berguling-guling,” bidas Sean See dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Jelas beliau, jika isi penuh tangki 60 liter pada harga runcit, rakyat beri subsidi RM36.60 kepada kerajaan.

“Saya telah minta Rafizi kira harga pasaran diesel sebenar dalam podcast dan tanya kenapa rakyat kena bayar subisidi diesel kepada kerajaan.

“Dia tak nafi harga diesel sebenar adalah jauh di bawah harga runcit dan kerajaan kini sedang kutip duit dari penjualan diesel.

“Tapi dia kata kerajaan kena kutip duit sebab kena bayar subsidi diesel bagi penerima skim Budi Madani dan juga untuk sektor-sektor seperti pengangkutan awam dan sektor nelayan yang masih menerima subsidi diesel,” ujarnya.

Tambah Sean See, dulu Rafizi kata beri subsidi minyak kepada rakyat adalah hak rakyat sebab negara adalah pengeluar minyak dan kurniaan Tuhan kepada rakyat perlu dipulangkan kepada rakyat.

“Tapi kini rakyat kena beri subsidi kepada kerajaan supaya kerajaan boleh beri subsidi minyak kepada rakyat yang dulu dikatakan hak rakyat,” kata Sean See lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat