Kerajaan optimum kawalan keselamatan sempadan, tambah aset pertahanan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengoptimumkan kawalan keselamatan di sempadan melalui beberapa projek antaranya menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bakal menaik taraf Sistem Pengawasan Maritim Laut dan menara radar penderiaan jauh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bersetuju untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan melalui perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai, dron, Littoral Mission Ship, helikopter dan pesawat tempur ringan.

Juga kata beliau, seluruh sistem perolehan telah dirombak untuk menetapkan supaya bekalan senjata yang diperlukan ditentukan oleh kepakaran berkaitan
tentera, mengelak daripada ketirisan, dan dalam kebanyakan urusan akan
menerusi pendekatan G2G dengan negara masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan menaik taraf dan pembinaan baharu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di pintu masuk terpilih.

Begitu juga katanya dengan pembinaan baharu pos keselamatan ATM di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia.

Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan pembangunan pangkalan tentera laut di Bintulu, Sarawak.

“Keselamatan dan kedaulatan negara akan terus dipertahankan bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada tiga perkara pokok bagi memperkasa kubu negara.

“Pertama ialah anjakan utama pengukuhan keselamatan dan pertahanan negara mensyaratkan agar ketirisan dalam tatacara perolehan aset segera ditangani bagi menjamin kesiapsiagaan pertahanan negara.

“Selain itu, kerajaan akan meneruskan usaha pencegahan jenayah dan rehabilitasi bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global.

“Kerajaan melipatgandakan usaha untuk terus memperkasa dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas sebagai benteng keselamatan negara,” ujarnya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu, Anwar juga memberitahu, kerajaan akan terus memerangi jenayah siber yang semakin berleluasa.

Jelas beliau, hampir 55,000 kes jenayah siber dengan nilai kerugian mencecah RM1.8 bilion dilaporkan dalam tempoh 2021 hingga Julai 2023.

“Justeru, kerajaan akan meminda undang-undang sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan memerangi kegiatan jenayah siber,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat