PKPD: Pejabat KWSP Alor Setar Ditutup Sementara Bermula Ahad Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunternya di Alor Setar mulai Ahad ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran untuk membendung penyebaran Covid-19 di daerah Kota Setar, Kedah.

PKPD itu dikuat kuasakan mulai hari ini sehingga 25 September.

Sehubungan itu, semua permohonan Janji Temu Online di KWSP cawangan itu akan dibatalkan serta-merta dan ahli yang sudah membuat janji temu dalam tempoh PKPD perlu membuat semula janji temu mereka, menurut KWSP dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, ahli dan majikan disaran menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), namun pembayaran caruman masih boleh dibuat menerusi perbankan dalam talian atau ejen bank berdaftar di kaunter.

KWSP menasihatkan ahli dan majikan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja dan menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03- 89226000 untuk maklumat lanjut.

“KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli menerusi cawangan kami atau platform digital.

“Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan. Segala kesulitan amat dikesali,” menurut kenyataan itu. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat