Mahkamah Beri Kebenaran Periksa Kesihatan Mental Samy Vellu

Armenia Dakwa Jet Pejuangnya Ditembak Jatuh Pesawat Turki

KONFLIK Armenia-Azerbaijan memasuki fasa baru bila sebuah pesawat pejuang SU25 Armenia ditembak oleh apa yang didakwa kerajaan Armenia sebagai jet pejuang F-16 milik Turki. Jurucakap...

Gara-gara Covid-19, Mesyuarat Exco Pahang diadakan secara atas talian

Kuala Lumpur - Mesyuarat Ahli Kerajaan Negeri (Exco) Pahang pada hari ini diadakan secara atas talian bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Perkara itu dimaklumkan oleh...

Klopp Terkejut Liverpool Cemerlang Pada Awal Musim

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata pada Isnin bahawa beliau tergamam dengan mutu permainan yang dicipta pasukannya di awal musim mempertahankan kejuaraan Liga Perdana...

MB Pahang: Exco Pahang Diuji Negatif Covid-19

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG KEPUTUSAN UJIAN PCR YB DATO’ NAZRI NGAH NEGATIF, TIADA GEJALA Sukacita saya maklumkan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’...

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik "kejayaannya" membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada 17 kawasan yang beliau lawati...

KUALA LUMPUR – Permohonan S Vell Paari supaya bapanya, bekas presiden MIC S Samy Vellu menjalani pemeriksaan tahap kesihatan mental dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Permohonan itu dibuat oleh Vell Pari dalam kes saman difailkannya terhadap Samy Vellu bagi mengisytiharkan bahawa bapanya tidak mampu menguruskan hal ehwal sendiri.

Hakim Wong Chee Lin membenarkan permohonan Vell Paari selaras Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001, selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam David Mathews yang mewakili Vell Paari kepada pemberita selepas prosiding pendengaran permohonan itu di dalam kamar hari ini, yang turut dihadiri peguam Prem Ramachandran yang bertindak bagi pihak Samy Vellu.

“Mahkamah membenarkan permohonan itu, namun saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berkenaan penyiasatan tersebut,” katanya.

David berkata, pada prosiding hari ini juga mahkamah menolak permohonan seorang wanita yang mendakwa isteri kepada Samy Vellu, Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, untuk menjadi pencelah dalam kes saman itu selepas mendengar hujahan daripada David dan peguam Ramesh Sivakumar yang mewakili Meeriam.

“Permohonan Meeriam untuk menjadi pihak dalam kes saman itu ditolak oleh mahkamah selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dengan kos RM5,000,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Vell Paari, 58, selaku plaintif memfailkan saman terhadap Samy Vellu pada 2 Disember tahun lepas, memohon perintah mahkamah supaya siasatan dilakukan bagi menentukan keupayaan mental Samy Vellu dan sama ada bekas Menteri Kerja Raya itu berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.

Saman berkenaan difailkan Vell Paari, selaku plaintif pada 2 Disember tahun lepas di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Samy Vellu, yang berusia 83 tahun, selaku defendan tunggal.

Dalam saman itu, Vell Paari memohon perintah bahawa suatu tarikh, masa dan tempat ditetapkan untuk siasatan diadakan bawah Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 ke atas bapanya bagi mengetahui jangka masa bapanya mengalami kecelaruan mental.

Beliau juga memohon perintah mahkamah untuk mengetahui sama ada bapanya berupaya memberi arahan kepada peguam supaya bertindak bagi pihaknya (Samy Vellu) selain untuk menentukan jenis harta yang dimiliki oleh bapanya.

Bekas setiausaha agung MIC itu turut memohon supaya Consultant Neuropsychiatrist dan Ketua Neurobehavioral Medicine Services dari Penang Adventist Hospital, Dr Prem Kumar Chandrasekaran, 52, atau pakar kesihatan mental lain diberikan akses untuk memeriksa bapanya secara peribadi dan menyediakan laporan tentang keupayaan mental defendan.

Katanya, jika defendan didapati mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya menguruskan dirinya serta hal ehwalnya akibat masalah itu, beliau memohon supaya beberapa individu termasuk dirinya (plaintif) dan peguam C Vijaya Kumar dilantik oleh mahkamah sebagai ahli jawatankuasa untuk menjaga dan menguruskan hal ehwal estet defendan.

Sekiranya mahkamah membenarkan semua individu itu dilantik sebagai ahli jawatankuasa, plaintif turut memohon supaya mahkamah menentukan kuasa ahli jawatankuasa tersebut, membuat peruntukan bagi kos dan perbelanjaan jawatankuasa serta membuat peruntukan bagi saraan jawatankuasa tersebut.

Vell Paari juga memohon perintah supaya beliau dilantik sebagai wakil litigasi defendan dalam mana-mana prosiding undang-undang membabitkan bapanya, harta atau kepentingannya.

Plaintif berkata sejak 2017 beliau membantu bapanya untuk menguruskan hal ehwal dan estetnya dan menggunakan dananya sendiri bagi tujuan itu berikutan bapanya tidak dapat mengakses dana dalam akaun perbankan atas faktor kesihatan. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Gara-gara Covid-19, Mesyuarat Exco Pahang diadakan secara atas talian

Kuala Lumpur - Mesyuarat Ahli Kerajaan Negeri (Exco) Pahang pada hari ini diadakan secara atas talian bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Perkara itu dimaklumkan oleh...

MB Pahang: Exco Pahang Diuji Negatif Covid-19

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG KEPUTUSAN UJIAN PCR YB DATO’ NAZRI NGAH NEGATIF, TIADA GEJALA Sukacita saya maklumkan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’...

Pelantikan Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tidak Langgar Perlembagaan – Shamrahayu

KUALA LUMPUR: Pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri bagi Kerajaan Negeri Sabah tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan negeri itu, kata pakar Perlembagaan Prof Dr...