KPM Teliti Cadangan Pinda Akta Pendidikan 1996 – Radzi Jidin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti cadangan berkaitan pindaan Akta Pendidikan 1996 supaya diwajibkan persekolahan sehingga ke tingkatan lima.

Memetik laporan Kosmo, Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pelbagai perbincangan perlu dibuat terlebih dahulu kerana sebarang pindaan akta tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

“Dalam konteks ini, banyak perbincangan telah dibuat tentang perkara ini yang melibatkan pelbagai sudut.

“Namun begitu, banyak perkara juga yang perlu teliti daripada perspektif yang berbeza. Jadi, apabila kita bercakap tentang akta pendidikan ini, ia tak boleh dibuat sewenang-wenangnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, sekiranya ingin meminda akta, ia perlu dilakukan dengan sebaiknya kerana apa-apa yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan.

“Sebab itu apabila kita dengar perbincangan di luar sana, kita memang sentiasa melihat apakah penambahbaikan yang boleh dibuat.

“Bagaimanapun, KPM akan lihat secara mendalam berkaitan dengan akta pendidikan dalam mengambil kira pelbagai aspek termasuk penguatkuasaannya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat