Tugas Nurul Izzah ‘Bunuh Karier Politik’ Azmin

- Advertisement -

Cyberjaya – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah diberikan tugasan untuk memastikan kekalahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Menurut sumber Parti Keadilan Rakyat (PKR) ‘aura’ Puteri Reformasi itu dijangka mampu menarik sokongan orang muda sekaligus menamatkan riwayat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebagai ahli parlimen.

“Nurul diberikan tugas untuk berat untuk memastikan kekalahan Azmin di Gombak atau mana pun dia akan bertanding.

“Walaupun agak sukar, namun kelebihan Nurul sebagai ikon orang muda dijangka akan memberi kelebihan pada beliau.

“Ditambah pula dengan faktor suka bermusuh dengan semua orang terutama dengan UMNO dan PAS, ia akan memudahkan tugas Nurul,” kata sumber tersebut ketika dihubungi SuaraTV.

Sumber turut menjelaskan Datin Seri Wan Azizah akan kembali bertanding di Permatang Pauh bagi manakala Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan kembali ke kerusi parlimen Pandan.

“Pada mulanya parti mahu memberikan misi khas tersebut kepada Rafizi, namun setelah mengambil kira pelbagai faktor pemilihan Nurul dilihat paling layak.

“Rafizi akan kembali bertanding di Pandan, manakala Kak Wan akan mengekalkan penguasaan PKR di Permatang Pauh,” katanya lagi.

Seterusnya sumber menjelaskan, misi khas itu tersebut bertujuan untuk menebus kembali maruah PKR yang tercalar ekoran pengkhianatan sebelum ini.

“Sekiranya misi khas tersebut berjaya, secara tidak langsung ia bakal mengembalikan semula maruah parti yang tercalar ekoran pengkhianatan Azmin.

“Selain khianat dengan parti, tindakannya memujuk dan mempengaruhi pimpinan lain-lain untuk ikut serta sangat tidak boleh dimaafkan,” tegasnya lagi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat