ADUN DAP Buat Laporan Polis, Kenapa Nak Takut Soal Najib

- Advertisement -

Cyberjaya – Dalam muatnaik terkini di laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau mempersoal tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP yang membuat laporan polis terhadapnya.

Laporan polis tersebut kerana menyiarkan beberapa dokumen mengenai syarikat terowong yang kini sedang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib mempertikai kewajaran laporan polis tersebut kerana dokumen mengenai laporan tahunan kewangan syarikat adalah dokumen awam yang boleh didapati dengan mudah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit membuat laporan polis ke atas Najib berhubung keadaan kewangan kritikal syarikat terowong bagi tahun 2011 dan 2012 ketika projek bernilai RM6.34 bilion dianugerahkan kepada syarikat tersebut, dengan alasan kes tersebut sedang berjalan di mahkamah dan mungkin menjadi bukti penting dalam perbicaraan Guan Eng.

Najib juga menjelaskan bahawa beliau sudah lama membuat pendedahan mengenai dokumen tersebut dan juga telah dibongkar oleh Barisan Nasional sejak tahun 2017.

Justeru Najib persoal kenapa baru sekarang DAP takut dengan pendedahan dokumen-dokumen ini?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat