TDM patahkan penyeludupan anak pokok bernilai RM14,490 di sempadan Malaysia-Thailand

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

TANAH MERAH – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya mematahkan sindiket penyeludupan pelbagai jenis anak pokok bernilai RM14,490 berhampiran tebing Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand pada Ahad.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan operasi berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Beliau berkata, pada jam 3 pagi anggota tentera yang sedang melaksanakan tugas berdekatan dengan sempadan di sini, mendapati dua suspek sedang memuatkan anak pokok ke dalam sebuah lori dipercayai cuba untuk diseludup dari Thailand ke Malaysia.

Katanya, hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut oleh pihak berkuasa tentera mendapati
kedua-dua suspek merupakan lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 24 dan 25 tahun.

TDM bertindak menahan kedua-dua mereka serta merampas pelbagai jenis anak pokok antaranya 1000 Buluh Manis, 100 Sayak Naga, 50 Keladi, 50 Bayan King, 31 Mutiara Mas, 30 Urai Mas, 36 Zamrud, 60 Pilo Hijau dan 50 Siam Mon,

Selain itu, 100 Mutiara Andaman, 50 Botani, 70 Kancana, 47 Janggut Naga, 150 Orkid Tanah, 50 Rumput Mas dan 200 Bidara.

Katanya lagi, barangan rampasan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM 214,490 termasuk sebuah lori jenis Hino 500, 7 ton dan kedua-dua suspek telah dilaporkan kepada pihak berkuasa polis.

Barangan rampasan turut diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan tentera yang menjalankan operasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan memastikan keselamatan sempadan terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat