Umno dan PAS bersaing lakukan kebaikan bukan permusuhan akidah – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persaingan antara Umno-PAS adalah ijtihad politik iaitu perlumbaan melakukan kebaikan bukannya permusuhan akidah Islam atau bukan Islam.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga menyenaraikan kebaikan yang telah dilaksanakan Umno antaranya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan.

“Selain itu Umno juga memperkenalkan dasar pendidikan Islam, dengan lebih 300 buah sekolah agama seluruh Malaysia dan 102,979 guru2 agama.

“Umno turut memperkenalkan dasar kewangan Islam hingga Malaysia dikenali sebagai pelopor dan peneraju sistem perbankan Islam dan takaful,” katanya di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Asyraf juga memaklumkan Umno telah membangunkan institusi-institusi pengajian tinggi Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan lain-lain lagi.

Juga kata beliau, pentadbiran Umno memperkenalkan Dasar Tahfiz Negara dengan menyasarkan 125 ribu huffaz profesional.

“Memperkenalkan Tv Alhijrah, radio Ikim dan pelbagai channel agama untuk menyebarluaskan Islam.

“Menubuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tabung Haji (TH), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) untuk menyebar luaskan syariat dan syiar Islam.

“Memperkenalkan sistem jawi al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain (J-QAF) untuk memastikan anak-anak khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah termasuk memperkenalkan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk mengajar anak-anak di luar waktu persekolahan silibus fardu ain dan al-Quran,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga menyebut pentadbiran Umno telah membina lebih 56 ribu masjid dan madrasah seluruh Malaysia dengan peruntukan daripada wang yang disatukan.

“Banyak lagi kalau saya nak senaraikan.

“Justeru jangan pertikaikan komitmen dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain hanya kerana parti itu tiada label Islam,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat