Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan Sabtu Ini

- Advertisement -

IPOH – Orang ramai dijemput menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Legasi Merdeka” bersempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini, Sabtu ini.

Jabatan Penerangan Negeri Perak hari ini memaklumkan program anjuran bersama pihaknya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Mufti negeri, RTM dan Bank Islam itu akan bermula pada pukul 9 malam.

Antara panel jemputan yang akan hadir ialah Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid dan pendakwah Ustaz Harryanto Rizal Rokman bersama moderator Ustaz Hariri Daud.

Pelbagai program menarik akan disajikan kepada rakyat sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Bulatan Azlan Shah, Meru Raya pada 16 Julai ini, diikuti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.

Selain itu, antara program yang akan dilaksanakan ialah 6,600 Langkah Perpaduan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat