Exco Nafi Pelajar Universiti Tajaan YT Dipaksa Datang Program MB Terengganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Siasatan dalaman akan dilakukan berhubung dakwaan kononnya pelajar tajaan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu (YT) di Lembah Klang dipaksa menghadiri program bersama Menteri Besar Terengganu di Bangi, Selangor pada Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kehadiran pada program tersebut tidak pernah diwajibkan oleh kerajaan negeri.

Tegas beliau, dakwaan kononnya pelajar yang tidak menghadiri program itu boleh dikenakan tindakan termasuk sekatan elaun sara diri oleh YT adalah tidak bertanggungjawab.

“Memang YT mengeluarkan surat jemputan program Townhall Mahasiswa Perantau bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tetapi ia tidak diwajibkan.

“Dakwaan itu (ugutan menyekat elaun sara diri jika tidak hadir), biarlah YT buat siasatan. Dapatkan maklumat betul sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan kononnya pelajar tajaan SPC YT di Lembah Klang tidak dibenarkan ‘ponteng’ program tersebut walaupun sebahagian sedang membuat persiapan peperiksaan.

Dalam perkembangan sama, Wan Sukairi berkata, Ahmad Samsuri tidak langsung menyentuh tentang politik sepanjang program tersebut.

Jelas beliau, Menteri Besar Terengganu yang juga bekas dekan fakulti sebuah universiti awam tersebut sekadar berkongsi pengalaman dan kejayaannya dalam akademik sebagai panduan kepada pelajar yang hadir. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat